Sabtu, 19 Februari 2011

SENTIASA BERUSAHA MENDAPATKAN MAKANAN YANG HALAL

  Berusaha adalah merupakan suatu yang penting dan utama dalam kehidupan kita pada setiap detik dan ketika dan di mana-mana kita berada.Terutamanya dalam perjalanan,sentiasa kita lalai dan cuai.Apabila sampai ke suatu destinasi dan perut terasa lapar lantas kita terus manghala ke restoran atau kedai makanan tanpa menoleh kiri dan kanan,tanpa memerhati dan prihatin.Bila saja kita melihat mereka yang berada di kedai makanan tersebut memakai tudung kitapun terus duduk dan terus memesan makanan atau terus mengambil makanan untuk dimakan mengisi perut yang kosong.Tanpa kita sedari rupanya tuan punyai kedai tersebut yang sebenarnya orang bukan Islam.Ini jelas dan terang tanpa bersuluh.Pernah tak kita sebagai orang Islam melihat nama yang terpampang di atas dan di setiap kedai makan itu.Pada halnya nama telah tertulis dan terpampang nama bukan Islam.
  Jika kita mahu berfikir pasti kejelasan terserlah.Biasanya tentang soal pembelian barangan yang digunakan serta bahan-bahan masakan dan keperluan dapur.Pastinya hal-hal bersabit dengan kewangan taukeh atau tuan punya kedai atau restoran yang akan membelinya.Contohnya seperti ayam,seorang taukeh atau tuan punya restoran Cina yang bukan Islam pasti dia akan membeli daripada Cina juga kerana mereka akan mendapat harga yang lebih murah.Ini biasa dan lumrah.Pastinya yang dijual oleh peniaga Cina yang bukan Islam ini diragui kehalalannya.Kita tidak boleh membuat andaian dan anggapan orang lain yang tanggung dosa.Bukan semudah itu hendak bertaklid.Sebab itu sebagai seorang Islam berusaha itu merupakan suatu yang didambakan dalam kehidupan agar kita selamat di akhirat kelak.
  Kadang-kala ramai yang bertudung dan berkopiah putih makan di kedai bukan Islam terutamanya di perhentian-perhentian lebuhraya.Tanpa memandang ke atas melihat tulisan yang terpampang di atas,siapa punya kedai tersebut.Pernahkah berfikir merentasi hal-hal sedemikian seperti di mana mereka memasak makanan.Majoritinya mereka membawa masakan yang sudah dimasak dirumah.Pastinya di rumah mereka yang bukan Islam menggunakan periuk yang mereka gunakan seharian.Mereka tidak akan melakukan dengan mengasingkan periuk untuk masak makanan yang halal  untuk orang Islam dan peralatan masakan untuk kegunaan mereka sendiri bagi tujuan memasak makanan seharian mereka.
  Janganlah kita tersirna disebabkan pekerja-pekerja di barisan hadapan premis mereka yang bertudung lantas kita terus makan tanpa berfikir dan merenung sejenak.Sebenarnya mereka adalah pekerja yang dibayar gaji.Ada diantara mereka dipaksa untuk memakai tudung kerana ada diantara mereka jika tidak bekerja atau kehidupan biasa seharian tidak bertudung.Pernah suatu ketika saya diberitahu oleh seorang pekerja disebuah premis makanan,yang mana pada mulanya saya menyangka kedai orang Islam sebab pekerjanya orang Islam dan tidak ada tulisan menyatakan tuan punya premis tersebut orang bukan Islam,(ini suatu tektik dan stretegik perniagaan).Pekerja lelaki Melayu Islam itu memberitahu,"abang tak payah makan sini sebab semua makanan ini di masak di rumah taukeh bukan Islam".
  Hairan dan termenung juga sejenak saya dibuatnya,kenapa pekerja itu menegah saya dan kenapa pula dia bekerja di situ.Saya mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan mengucapkan Alhamdulillah dan terus berlalu.Ini sebenarnya bukan dilema orang Islam atau Melayu,kita boleh berusaha untuk mengelak.Tepuk dada tanya iman.Jangan ambil mudah tentang iman.Dengan jelas Allah menyatakan dala Quran,antara lain maksudnya,"Jangan engkau menyangka masuk syurga itu mudah tanpa diuji terlebih dahulu".

Jumat, 11 Februari 2011

HARGA BARANGAN SERBA MAHAL

 Sejak kebelakangan ini harga hampir semua barangan meningkat dengan mendadak yakni mahal jika dibandingkan dengan pendapatan atau gaji yang diterima oleh rakyat satu Malaysia.Awal minggu ini saya pergi ke pasar dan ingin membeli kupang,tak jadi beli sebab harga sekilo rm 7.00 dan nak beli tembikai susu warna kuning,harganya pula rm 5.00 sekilo.Begitu juga yang lain-lain.Kalau difikir-fikirkan takut rasanya memikirkan harga barang semuanya naik.Bagaimana nak menyimpan wang atau menabung setiap bulan untuk tujuan pendidikan anak-anak di masa akan datang.Memandangkan pendidikan sekarang ini bukan tanggungjawab dan kewajipan kerajaan kerana perlu meminjam untuk melanjutkan pelajaran dengan PTPTN,yayasan-yayasan negeri semuanya meminjam.Macammana nak mengadakan beribu-ribu wang dalam masa sekelip mata jika tidak menabung diperngkat awal.Nak menabung wang tak cukup kerana terpaksa membayar pelbagai bayaran yang menjadi keperluan kehidupan.
  Kereta keperluan sekarang kerana sistem pengangkutan awam begitu mengecewakan.Mungkin lewat sampai ke tempat kerja dan malam sampai ke rumah dengan servis pengangkutan awam yang menyakitkan hati.Jadi terpaksa membeli kereta.Rumah mesti ada,kalau tidak nak tinggal mana.Bil bulanan seperti air,api,telefon,indah water,internet dan segala macam bil yang bergitu mahal.Kadang-kala hingga naik harga sampai ratusan ringgit bil api dan air terutamanya tinggal di Johor Baru.Sebab itulah menurut kajian beberapa aktivis dan tokoh-tokoh politik yang prihatin rakyat menyatakan bahawa sekarang ini begitu ramai sekali rakyat Malaysia menggunakan kad kredit untuk membayar dan membeli keperluan harian.Ini menunjukkan kuasa beli rakyat Malaysia terlalu rendah.Negara yang digembar gembur pemimpin negara sebagai negara miskin seperti Indonesia,Filipina dan beberapa negara yang lain,harga barangan mereka murah walaupun gaji mereka murah.Di Indonesia seorang doktor biasa yang telah bekerja selama lapan tahun boleh membeli rumah banglo.Di Thailand jalan yang setara dengan highway plus tidak perlu membayar tol.Di Filipina gaji kakitangan kerajaan tiga belas bulan setahun dan jika ekonomi baik ada bonus lagi.
  Dalam hal sebegini kita sebagai rakyat perlu mengetahui dan menyedari hakikat bahawa semuanya ini adalah berpunca daripada induk atau ibunya iaitu kerajaan.Dengan pelbagai hal diswastakan,menaburkan wang kepada kronis dan keluarga mereka yang terdekat,komisyen dan pelbagai lagi yang mengakibatkan rakyat menanggung segala bebanan menerusi harga barang yang naik,bil yang tinggi dan pelbagai bayaran yang perlu dibayar.Mereka dan kronis-kronis yang mendapat habuan dari keringat rakyat, tidak merasai apa-apa kerana banyaknya wang mereka dapat dan mudahnya wang mereka perolehi.Kita tak perlulah menyalahkan peniaga sepenuhnya kerana mereka terpaksa menaikkan barangan kerana dasar dan polisi kerajaan di mana mereka dikenakan pelbagai cukai dan bayaran.Dalam pada itupun terdapat juga peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka melihat daripada fa masa,keperluan dan bekalan.Yang ini kerajaan tidak pernah mengambil tindakan keras dan tegas.Hanya cakap saja tindak tegas akan diambil sebab itu mereka langsung tidak menghormati dan akur dengan arahan kerajaan.Sebab itu Singapura maju kehadapan sebab tegas dengan undang-undang.Walaupun tidak disukai oleh segelintit rakyat iaitu peniaga tetapi majoriti rakyat menyanjung kerajaan dengan melaksanakan undang-undang dengan tegas.Sebab itu China,walaupun rakyatnya yang terbesar dalam dunia,China boleh mengawal rakyatnya sebab undang-undang mereka tegas dan dilaksanakan.
 Bila kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan,pelanggan atau orang ramai selalu marah kepada pegawai-pegawai yang befrtugas kenapa perlu bayar itu dan ini,bila pergi ke sekolah ibubapa marah-marah kepada guru-guru kerana terpaksa membayar yuran yang mahal dan pergi pula ke hospital,orang ramai atau pelanggan-pelanggan memarahi jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang bertugas kerana terpaksa bayar itu dan ini serta kenapa bertambah mahal.Terkial-kiallah mereka yang terlibat ini menjawab tetapi jika mereka mengetahui hakikat sebenarnya jawapannya mudah.Katakan inilah dasar kerajaan yang tuan pilih.Kalaupun boleh cakap.Mesejnya ialah setiap individu perlu menyedari dan mengetahui kerajaan yang dipilh rakyat sekarang inilah yang punya polisi yang membuat kita membayarnya.
 Berhubung dengan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran yang mana kewajipannya adalah tanggungjawab setiap kerajaan,dalam hal sebegini negara-negara Arab pendidikan adalah percuma sebab itu ramai rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di negara-negara Arab,mereka hanya berbelanja untuk tempat tinggal dan makan sahaja.Rakyat Malaysia akan dibebani hutang dari mula bekerja hinggalah pencen dan selepas pencenpun masih berhutang jika lambat membeli rumah.Kerana bila saja seseorang itu tamat pengajian universitinya,individu itu akan terpaksa membayar hutang pinjaman belajar atau melanjutkan pelajara.Kereta perlu ada hendak ke tempat kerja,hutang lagi,Huatang itu,hutang ini,bil-bil juga hutang setiap bulan.Mungkin nak beri wang kepada ibubapapun tak mampu.
 Akhirnya rakyat Malaysia dibebani dan dibelit hutang.Fikir-fikirkanlah.Bagaimana hendak keluar dari bebanan hutang ini dan beban-beban yang lain.
 

Kamis, 10 Februari 2011

BERIBU-RIBU ANAK MELAYU TIDAK BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UITM

Pendidikan adalah merupakan suatu perkara yang penting dalam menjamin kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara.Proses tranformasi ekonomi perlu kepada pelajaran dan pendidikan.Untuk merealisasikan misi perdana menteri agar rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,pelajaran dan pendidikan perlu berseiring.Sementelah pelajaran tinggi amat didambakan.Tetapi amat malang sekali dengan perkembangan terkini berhubung dengan pelajaran dan pendidikan anak-anak Melayu.Peluang anak-anak Melayu hendak melanjutkan pelajaran ke UITM tertutup langsung.Baru-baru ini ,iaitu minggu lepas sahabat saya mendapat surat maklumat,bahawa anak-anaknya tidak boleh melanjutkan pelajaran ke UITM dan MRSM.Sahabat saya pula termasuk anak-anaknya tidak dibenarkan menyewa premis MARA dan apa-apa yang ada hubungkait dengan MARA.Ini disebabkan sahabat saya ini menjadi penjamin pertama adiknya yang melanjutkan pelajarannya di seberang laut dan pinjaman itu tidak dibayar.
  Dua hari selepas itu pula sahabat saya itu mendapat panggilan telefon dari adiknya seorang lagi yang menjadi penjamin kedua kepada adiknya yang melanjutkan pelajaran di seberang laut dan membuat pinjaman MARA.Memberitahu bahawa anak-anaknya juga tidak boleh melajutkan pelajaran ke UITM dan MRSM sementara dia pula tidak boleh menyewa apa-apa premis MARA termasuk anak-anaknya.Betapa hebat dan zalimnya kerajaan ke atas rakyatnya sendiri.Di mana lagi anak-anak Melayu nak melanjutkan pelajaran.Peluang melanjutkan pelajaran bagi anak-anak Melayu sudah tertutup.Dua institusi MARA ini akan mengakibatkan seribu-ribu anak orang Melayu tidak berpeluang belajar.Bayangkan kalau ada seribu orang yang dikenakan tindakan sebegini dan setiap penjamin ada mempunyai tujuh orang anak.Seperti sahabat saya ini anak-anaknya ramai juga dan yang tua masih bersekolah.Kalau hendak dihukumpun hukum sajalah yang meminjam.Ini tidak,marahkan nyamuk kelambu dibakar.Ini masa depan negara dan rakyat.Akhirnya negara kita akan menjadi yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.Pelajaran adalah merupakan tanggungjawab dan kewajipan pemerintah.