Pendidikan adalah merupakan suatu perkara yang penting dalam menjamin kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara.Proses tranformasi ekonomi perlu kepada pelajaran dan pendidikan.Untuk merealisasikan misi perdana menteri agar rakyat Malaysia berpendapatan tinggi,pelajaran dan pendidikan perlu berseiring.Sementelah pelajaran tinggi amat didambakan.Tetapi amat malang sekali dengan perkembangan terkini berhubung dengan pelajaran dan pendidikan anak-anak Melayu.Peluang anak-anak Melayu hendak melanjutkan pelajaran ke UITM tertutup langsung.Baru-baru ini ,iaitu minggu lepas sahabat saya mendapat surat maklumat,bahawa anak-anaknya tidak boleh melanjutkan pelajaran ke UITM dan MRSM.Sahabat saya pula termasuk anak-anaknya tidak dibenarkan menyewa premis MARA dan apa-apa yang ada hubungkait dengan MARA.Ini disebabkan sahabat saya ini menjadi penjamin pertama adiknya yang melanjutkan pelajarannya di seberang laut dan pinjaman itu tidak dibayar.
Dua hari selepas itu pula sahabat saya itu mendapat panggilan telefon dari adiknya seorang lagi yang menjadi penjamin kedua kepada adiknya yang melanjutkan pelajaran di seberang laut dan membuat pinjaman MARA.Memberitahu bahawa anak-anaknya juga tidak boleh melajutkan pelajaran ke UITM dan MRSM sementara dia pula tidak boleh menyewa apa-apa premis MARA termasuk anak-anaknya.Betapa hebat dan zalimnya kerajaan ke atas rakyatnya sendiri.Di mana lagi anak-anak Melayu nak melanjutkan pelajaran.Peluang melanjutkan pelajaran bagi anak-anak Melayu sudah tertutup.Dua institusi MARA ini akan mengakibatkan seribu-ribu anak orang Melayu tidak berpeluang belajar.Bayangkan kalau ada seribu orang yang dikenakan tindakan sebegini dan setiap penjamin ada mempunyai tujuh orang anak.Seperti sahabat saya ini anak-anaknya ramai juga dan yang tua masih bersekolah.Kalau hendak dihukumpun hukum sajalah yang meminjam.Ini tidak,marahkan nyamuk kelambu dibakar.Ini masa depan negara dan rakyat.Akhirnya negara kita akan menjadi yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.Pelajaran adalah merupakan tanggungjawab dan kewajipan pemerintah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar