Sabtu, 19 Februari 2011

SENTIASA BERUSAHA MENDAPATKAN MAKANAN YANG HALAL

  Berusaha adalah merupakan suatu yang penting dan utama dalam kehidupan kita pada setiap detik dan ketika dan di mana-mana kita berada.Terutamanya dalam perjalanan,sentiasa kita lalai dan cuai.Apabila sampai ke suatu destinasi dan perut terasa lapar lantas kita terus manghala ke restoran atau kedai makanan tanpa menoleh kiri dan kanan,tanpa memerhati dan prihatin.Bila saja kita melihat mereka yang berada di kedai makanan tersebut memakai tudung kitapun terus duduk dan terus memesan makanan atau terus mengambil makanan untuk dimakan mengisi perut yang kosong.Tanpa kita sedari rupanya tuan punyai kedai tersebut yang sebenarnya orang bukan Islam.Ini jelas dan terang tanpa bersuluh.Pernah tak kita sebagai orang Islam melihat nama yang terpampang di atas dan di setiap kedai makan itu.Pada halnya nama telah tertulis dan terpampang nama bukan Islam.
  Jika kita mahu berfikir pasti kejelasan terserlah.Biasanya tentang soal pembelian barangan yang digunakan serta bahan-bahan masakan dan keperluan dapur.Pastinya hal-hal bersabit dengan kewangan taukeh atau tuan punya kedai atau restoran yang akan membelinya.Contohnya seperti ayam,seorang taukeh atau tuan punya restoran Cina yang bukan Islam pasti dia akan membeli daripada Cina juga kerana mereka akan mendapat harga yang lebih murah.Ini biasa dan lumrah.Pastinya yang dijual oleh peniaga Cina yang bukan Islam ini diragui kehalalannya.Kita tidak boleh membuat andaian dan anggapan orang lain yang tanggung dosa.Bukan semudah itu hendak bertaklid.Sebab itu sebagai seorang Islam berusaha itu merupakan suatu yang didambakan dalam kehidupan agar kita selamat di akhirat kelak.
  Kadang-kala ramai yang bertudung dan berkopiah putih makan di kedai bukan Islam terutamanya di perhentian-perhentian lebuhraya.Tanpa memandang ke atas melihat tulisan yang terpampang di atas,siapa punya kedai tersebut.Pernahkah berfikir merentasi hal-hal sedemikian seperti di mana mereka memasak makanan.Majoritinya mereka membawa masakan yang sudah dimasak dirumah.Pastinya di rumah mereka yang bukan Islam menggunakan periuk yang mereka gunakan seharian.Mereka tidak akan melakukan dengan mengasingkan periuk untuk masak makanan yang halal  untuk orang Islam dan peralatan masakan untuk kegunaan mereka sendiri bagi tujuan memasak makanan seharian mereka.
  Janganlah kita tersirna disebabkan pekerja-pekerja di barisan hadapan premis mereka yang bertudung lantas kita terus makan tanpa berfikir dan merenung sejenak.Sebenarnya mereka adalah pekerja yang dibayar gaji.Ada diantara mereka dipaksa untuk memakai tudung kerana ada diantara mereka jika tidak bekerja atau kehidupan biasa seharian tidak bertudung.Pernah suatu ketika saya diberitahu oleh seorang pekerja disebuah premis makanan,yang mana pada mulanya saya menyangka kedai orang Islam sebab pekerjanya orang Islam dan tidak ada tulisan menyatakan tuan punya premis tersebut orang bukan Islam,(ini suatu tektik dan stretegik perniagaan).Pekerja lelaki Melayu Islam itu memberitahu,"abang tak payah makan sini sebab semua makanan ini di masak di rumah taukeh bukan Islam".
  Hairan dan termenung juga sejenak saya dibuatnya,kenapa pekerja itu menegah saya dan kenapa pula dia bekerja di situ.Saya mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut dan mengucapkan Alhamdulillah dan terus berlalu.Ini sebenarnya bukan dilema orang Islam atau Melayu,kita boleh berusaha untuk mengelak.Tepuk dada tanya iman.Jangan ambil mudah tentang iman.Dengan jelas Allah menyatakan dala Quran,antara lain maksudnya,"Jangan engkau menyangka masuk syurga itu mudah tanpa diuji terlebih dahulu".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar