Jumat, 11 Februari 2011

HARGA BARANGAN SERBA MAHAL

 Sejak kebelakangan ini harga hampir semua barangan meningkat dengan mendadak yakni mahal jika dibandingkan dengan pendapatan atau gaji yang diterima oleh rakyat satu Malaysia.Awal minggu ini saya pergi ke pasar dan ingin membeli kupang,tak jadi beli sebab harga sekilo rm 7.00 dan nak beli tembikai susu warna kuning,harganya pula rm 5.00 sekilo.Begitu juga yang lain-lain.Kalau difikir-fikirkan takut rasanya memikirkan harga barang semuanya naik.Bagaimana nak menyimpan wang atau menabung setiap bulan untuk tujuan pendidikan anak-anak di masa akan datang.Memandangkan pendidikan sekarang ini bukan tanggungjawab dan kewajipan kerajaan kerana perlu meminjam untuk melanjutkan pelajaran dengan PTPTN,yayasan-yayasan negeri semuanya meminjam.Macammana nak mengadakan beribu-ribu wang dalam masa sekelip mata jika tidak menabung diperngkat awal.Nak menabung wang tak cukup kerana terpaksa membayar pelbagai bayaran yang menjadi keperluan kehidupan.
  Kereta keperluan sekarang kerana sistem pengangkutan awam begitu mengecewakan.Mungkin lewat sampai ke tempat kerja dan malam sampai ke rumah dengan servis pengangkutan awam yang menyakitkan hati.Jadi terpaksa membeli kereta.Rumah mesti ada,kalau tidak nak tinggal mana.Bil bulanan seperti air,api,telefon,indah water,internet dan segala macam bil yang bergitu mahal.Kadang-kala hingga naik harga sampai ratusan ringgit bil api dan air terutamanya tinggal di Johor Baru.Sebab itulah menurut kajian beberapa aktivis dan tokoh-tokoh politik yang prihatin rakyat menyatakan bahawa sekarang ini begitu ramai sekali rakyat Malaysia menggunakan kad kredit untuk membayar dan membeli keperluan harian.Ini menunjukkan kuasa beli rakyat Malaysia terlalu rendah.Negara yang digembar gembur pemimpin negara sebagai negara miskin seperti Indonesia,Filipina dan beberapa negara yang lain,harga barangan mereka murah walaupun gaji mereka murah.Di Indonesia seorang doktor biasa yang telah bekerja selama lapan tahun boleh membeli rumah banglo.Di Thailand jalan yang setara dengan highway plus tidak perlu membayar tol.Di Filipina gaji kakitangan kerajaan tiga belas bulan setahun dan jika ekonomi baik ada bonus lagi.
  Dalam hal sebegini kita sebagai rakyat perlu mengetahui dan menyedari hakikat bahawa semuanya ini adalah berpunca daripada induk atau ibunya iaitu kerajaan.Dengan pelbagai hal diswastakan,menaburkan wang kepada kronis dan keluarga mereka yang terdekat,komisyen dan pelbagai lagi yang mengakibatkan rakyat menanggung segala bebanan menerusi harga barang yang naik,bil yang tinggi dan pelbagai bayaran yang perlu dibayar.Mereka dan kronis-kronis yang mendapat habuan dari keringat rakyat, tidak merasai apa-apa kerana banyaknya wang mereka dapat dan mudahnya wang mereka perolehi.Kita tak perlulah menyalahkan peniaga sepenuhnya kerana mereka terpaksa menaikkan barangan kerana dasar dan polisi kerajaan di mana mereka dikenakan pelbagai cukai dan bayaran.Dalam pada itupun terdapat juga peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka melihat daripada fa masa,keperluan dan bekalan.Yang ini kerajaan tidak pernah mengambil tindakan keras dan tegas.Hanya cakap saja tindak tegas akan diambil sebab itu mereka langsung tidak menghormati dan akur dengan arahan kerajaan.Sebab itu Singapura maju kehadapan sebab tegas dengan undang-undang.Walaupun tidak disukai oleh segelintit rakyat iaitu peniaga tetapi majoriti rakyat menyanjung kerajaan dengan melaksanakan undang-undang dengan tegas.Sebab itu China,walaupun rakyatnya yang terbesar dalam dunia,China boleh mengawal rakyatnya sebab undang-undang mereka tegas dan dilaksanakan.
 Bila kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan,pelanggan atau orang ramai selalu marah kepada pegawai-pegawai yang befrtugas kenapa perlu bayar itu dan ini,bila pergi ke sekolah ibubapa marah-marah kepada guru-guru kerana terpaksa membayar yuran yang mahal dan pergi pula ke hospital,orang ramai atau pelanggan-pelanggan memarahi jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang bertugas kerana terpaksa bayar itu dan ini serta kenapa bertambah mahal.Terkial-kiallah mereka yang terlibat ini menjawab tetapi jika mereka mengetahui hakikat sebenarnya jawapannya mudah.Katakan inilah dasar kerajaan yang tuan pilih.Kalaupun boleh cakap.Mesejnya ialah setiap individu perlu menyedari dan mengetahui kerajaan yang dipilh rakyat sekarang inilah yang punya polisi yang membuat kita membayarnya.
 Berhubung dengan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran yang mana kewajipannya adalah tanggungjawab setiap kerajaan,dalam hal sebegini negara-negara Arab pendidikan adalah percuma sebab itu ramai rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran di negara-negara Arab,mereka hanya berbelanja untuk tempat tinggal dan makan sahaja.Rakyat Malaysia akan dibebani hutang dari mula bekerja hinggalah pencen dan selepas pencenpun masih berhutang jika lambat membeli rumah.Kerana bila saja seseorang itu tamat pengajian universitinya,individu itu akan terpaksa membayar hutang pinjaman belajar atau melanjutkan pelajara.Kereta perlu ada hendak ke tempat kerja,hutang lagi,Huatang itu,hutang ini,bil-bil juga hutang setiap bulan.Mungkin nak beri wang kepada ibubapapun tak mampu.
 Akhirnya rakyat Malaysia dibebani dan dibelit hutang.Fikir-fikirkanlah.Bagaimana hendak keluar dari bebanan hutang ini dan beban-beban yang lain.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar